Online Diary Najihah Tarmizi : February 2013

Thursday, 14 February 2013

cuti yang agak membosan kan

cuti seminggu yang di beri untuk kaum cina meraikan perayaan nya kian menghampiri penghujungnya, seperti biasa aku tak pergi kemana-mana, rehat di rumah sahaja, sebab masa maulidur rasul hari tuh, aku dah balik, tak kan lah nak balik lagi kan, aku kat umah memang boring tahan maksimum, lah. main game bosan, jelajah kat blog bosan, last sekali lepak lah kat facebook, kekadang bosan gak sebab tak habis habis mempromote dak hotstuff jerk,,,,,,nothing to do, bukak buku memang tak lah bosan , walaupun tahun nieh aku akan menghadapi PMR....kire okay lah aku amik PMR abang aku lak amik SPM.... dua-dua ada ujian besar tapi kesian kat adik aku, dia baru jerk nak masuk darjah tiga,,,,,kira aku nieh anak yang tengah-tengah lah, n aku tak der kakak means tak der geng, kakak angkat aku pon tak der kat sini dia gie jelajah asia dengan family dia,,,,, best jadi dia, tengah tunggu result SPM,,,,aku tanya dia sama ada nak sambung belajar kat malaysia or luar negara,,,, dia kata tak nak gie jauh lah, dapat u kat sini pilih jerk lah, kalau keluarga kata belajar kat luar negara bagus, okay akak pergi sana,,,,tapi biler tak der geng nih rasa macam sedikit bosan, yew lah, biasa ada jerk kawan nak gurau,,,,,tetibe tak ada pulak tuh yang buat aku rasa sedikit bosan,,,,aku nieh dibesarkan dikota, kluang,johor, tempat aku di besarkan, aku dilahirkan di kuching,sarawak, kampung aku la kat perak. hahahaha,, tiga tempat yang berbeza....untuk seminggu nieh kerja aku asyik main game jerk, nanti sabtu ngan ahad mula lah tercari-cari buku sekolah kat mana. kasut sekolah kat mana, stocking sekolah kat anew,,,, tuh semua biasa kan, aku selalu buat cam tuh, tapi yang pasti seminggu cuti banyak kerja sekolah yang masih belom terlaksana,,,,,,aku hanya menyiapkan bm sahaja, tuh pon belom complete 100%.... ada lagi 5 kerja sekolah, hahahaha,,,,,,,,malasnya nak buat.....kekadang bile aku bosan tahap yang gile-gile aku akan bazirkan masa aku dengan buat bende yang tak berfaedah, macam lepak kat shopping mall,,,,,, pergi sesorang, jelajah satu kedai ke satu kedai, masuk kedai nieh masuk kedai tuh,,,,,,,yang paling penting mesti kene masuk kedai buku sebab nya bau buku baru wangiiiiiiiiii~ ~ ~......abg aku kata bau buku baru tuh busuk,,,, sense of smell dia dah kurang kot,,,hahahahaha....cuti,cuti,cuti,cuti,cuti,cuti,cuti......bosan lah cikgu,, nak sekolah nak tengok muka cikgu, nak belajar, tak nak cuti, =( ,,,,,,,,,,,,,,,

sekian untuk hari ini,,,,,,, have a smile,,,,,,just smile,,,,,senyum tak perlu cakap apa apa........
       ......................................................................*peace*.................................................................
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 11 February 2013

Persahabatan kami ibarat isi dan kuku

Persahabatan mungkin akan putus tapi, persahabatan yang diibaratkan macam isi dan kuku, mungkin akan berkekalan, walaupun kekadang mungkin kami diibaratkan macam anjing dan kucing, tapi setiap pergaduhan itu kita just anggap hanya gurauan yang makin mengeratkan hubungan kami, aku sentiasa anggap kekawan baik aku seperti adik dan kakak aku, aku sayang mereka macam aku sayang famili aku, kekadang mungkin mereka mengangap aku macam lesbian tetapi semua tuh aku buat sebab aku suka tengok Face die orang dan tiap kali dieorang marah aku akan tengok muka dia sebab comel sangat tgk dia marah,,

Ala tomey-tomey.

Hehehe, tiap kali aku jumpe Farah, mesti nak jerk cakap ala tomey-tomey, memang dia comey dah lah comey, ketinggian die pon rendah, aku suka cam tuh,, pendek tapi comel. Sayang sekali kat dia, Hope dia sayang aku cam anew aku sayang dia,

Hasya pulak, dia kawan yang baru aku kenal tapi persahabatan kite dah macam lama kenal, yang pasti, kami satu kelas, tempat duduk pun sebelah-belah, best sangat, sebab dia tak paham aku ajarkan, aku tak paham dia ajarkan.

Seriously, kekawan aku semua nye jenis take care about each other,


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 7 February 2013

Tragedi waktu pj

Tragedi waktu pj? Nak tau jadi apa kat aku, terus kan membaca Yer, okay.
Waktu pj pagi tadi, cikgu suruh main netball, aku join lah, main sekali, tapi aku ada sedikit was-was sebab pedang tuh basah, aku bukan apa, aku just takut jatuh and takut luka jerk, sayang kot kat kulit aku. Time main tuh, aku pelik, cikgu kata main netball tapi kenapa ramai yang rebut bola so, aku pon cakap mainan nieh bahaya kot, rebut bola, kalau tak dapat rebut maknanya jatuh tersungkur lah kan, aku main dengan hati- hati tetibe jerk, bola netball kene dahi aku, perh macam nak tumbang kot aku, tapi aku still bertahan jugak, secondly, aku rebut aku jatuh terduduk, tudung dah kotor, baju pon ada sedikit kotor, lepas jerk waktu pj, waktu sej, dalam hati aku takut jerk tak leh nak masuk apa yang cikgu ajar tapi nasib lah dapat jugak apa yang cikgu cakap kalau tak tak tahu lah aku, nak wat cam anew. Pening giler kepala aku, kawan sebelah aku asyik cakap, kalau tak okay, bagi tau cikgu, tapi aku tak nak, nanti menyusahkan mak ayah aku pulak nak kene amik aku, dah lah mak ayah aku kerje tak tentu masa, boleh dikatakan pagi pergi sekolah aku jumpe mak ayah aku, then balik sekolah, aku dapat jumpe ayah aku, sebab ayah aku, kene antar makanan, lepas tuh tunggu malam baru boleh jumpe mak dengan ayah aku, tapi ada hari malam tuh mak aku balik tengok aku dah tidur, mak aku, tak berapa nak kesah, sebab mak aku tahu situasi aku cam anew, kekadang mak aku kejutkan jugak, sebab nak ingatkan aku supaya aku buat kerja sekolah, kemas baju, tapi aku nieh 'super degil' , bile nak pergi sekolah tuh baru lah nak gie kemas baju lah, kemas buku lah, lepas tuh kene marah, pergi sekolah dengan rasa bad mood. Tapi aku paling tak leh lupa macam mana aku boleh kene bola tuh,

#Take a note- semua acara yang kita masuk semua ada benefit dan kalau tak berhati-hati akan mudah tercedera.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen